Kelas Latihan Menaip
5 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Februari 2020 yang lalu, Pusat Internet Malaysia Engkilili telah mengadakan Kelas Latihan Menaip kepada pelajar SMK Engkilili. Kelas ini telah di sertai seramai 7 orang pelajar SMK Engkilili.
Dalam kelas ini, pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana membuat ‘kepala surat’ dan kemudian peserta didedahkan dengan format dan cara menaip surat rasmi dengan betul. Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft Office Word. Di akhir kelas, peserta diminta untuk membuat surat rasmi sebagai latihan untuk memantapkan kemahiran menaip mereka. Kelas yang bermula pada pukul 1.00 petang ini berakhir pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: